Privacy Policy

Syarat dan peruntukan undang-undang berkuatkuasa bagi menyalurkan maklumat kepada JAIS: 

  1. Ruangan Aduan Awam (Portal) atau ruangan Laporkan Kejadian (Aplikasi Mobile) membolehkan anda memberi maklumat kepada pihak JAIS berdasarkan peruntukan seksyen 54, 55, 56 dan 57 Enakmen Tatacara Jenayah (Negeri Selangor) tahun 1995. 
  2. Ruangan ini juga membolehkan anda menyalurkan maklumat secara bergambar kepada JAIS dengan syarat bahawa gambar tersebut bukanlah gambar individu ATAU menyentuh isu-isu sensitif ATAU sesuatu yang boleh mengaibkan keperibadian seseorang. 
  3. Sebarang penyalahgunaan adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan ia ditegah sama sekali. 
  4. Maklumat yang diberikan akan membantu pihak JAIS untuk mencegah kemungkaran dan menjaga kemaslahatan umat Islam di masa akan datang.
  5. Segala butiran yang akan diberikan adalah benar dan pemberi maklumat perlu bertanggungjawab ke atasnya.
  6. Maklumat yang diberikan hanya merangkumi perkara-perkara berkaitan dengan kesalahan-kesalahan terhadap kerukunan Islam atau perkara yang berkaitan Jenayah Syariah sahaja. 
  7. Pihak JAIS berhak untuk tidak mengambil tindakan sekiranya terdapat maklumat yang palsu atau diragui atau di luar bidangkuasa JAIS. 
  8. Hanya maklumat yang bertanggungjawab akan diproses, mengikut SOP dan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa. Pemberi maklumat akan dihubungi semula sekiranya butiran pemberi maklumat diberi dengan tepat untuk JAIS menghubungi semula pemberi maklumat. 
  9. Identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.