Thursday, 13 March 2014

Hindarkan amalan Syirik dan Perbomohan

Bahagian Penguatkuasaan JAIS memandang serius berhubung isu perbomohan yang menjadi bual bicara akhir-akhir ini. Perbuatan memyebarkan doktrin palsu serta menyalahgunakan ayat Al-Quran dalam upacara yang bertentangan dengan Hukum Syarak jelas bertentangan dengan Hukum Syarak. 

Seksyen 7 (1) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) No. 9 tahun 1995 telah memperuntukan bahawa mana-mana orang yang melaksanakan apa-apa upacara atau perbuatan yang berhubung dengan agama Islam di mana-mana tempat, sama ada tempat persendirian atau tempat awam adalah melakukan satu kesalahan jika doktrin atau upacara atau perbuatan itu bertentangan dengan Hukum Syarak. Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu. 

Seksyen 9 (enakmen yang sama) pula memperuntukan bahawa mana-mana orang yang, dengan kata-katanya atau perbuatannya, mempersendakan, menghina, mencemuh atau menyebabkan dipandang hina ayat-ayat Al-Quran atau Hadis, adalah melakukan satu kesalahan. Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Sumber Gambar : The Star