Tuesday 30 July 2013

Borang Butiran Diri OYDS dan Senarai Semak

Berikut adalah format terbaru borang butiran diri OYDS / Penjamin dan borang senarai semak. Penggunaan kedua-dua borang ini berkuatkuasa serta merta bagi semua daerah dan Hotline.


Borang Butiran Diri OYDS / Penjamin
Borang Senarai Semak

Thursday 18 July 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434 H

Firman Allah Ta’ala : Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183) 




Pengertian Puasa Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. 

Hukum – Hukum Puasa 
  1. Wajib 
  2. Sunat 
  3. Makruh 
  4. Haram 

Puasa wajib : 
Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan, puasa kifarah & puasa nazar. 

Puasa Sunat :
  1. Puasa dalam bulan Sya’ban
  2. Puasa 6 hari dalam bulan Syawal 
  3. Puasa Arafah pada 9 zulhijjah 
  4. Puasa hari Tasu’a dan‘Asyura pada 9 dan 10 Muharram 
  5. Puasa pada hari Isnin dan Khamis 
  6. Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 dan 15 \
  7. Puasa satu hari berbuka satu hari 
  8. Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak. 
  9. Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab.
  10. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya 

Puasa Makruh : 
  1. Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu dan Ahad sahaja 
  2. Berpuasa sepanjang tahun 

Puasa Haram :
  1. Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban 
  2. Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik 
  3. Puasa perempuan haid & Nifas 
  4. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa 

Syarat-syarat Puasa Terbahagi kepada 2 : 
  1. Syarat-syarat wajib 
  2. Syarat-syarat sah 

Syarat wajib 
  1. Islam 
  2. Baligh 
  3. Berakal 
  4. Berupaya(sihat) 
  5. Bermukim 

Syarat Sah 
  1. Islam 
  2. Berakal 
  3. Bersih daripada haid dan Nifas sepanjang hari 
  4. Niat

Friday 14 June 2013

KAWAD MELATIH DISIPLIN





 
PERSEDIAAN FIZIKAL DAN KEKUATAN MENTAL

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor telah mengatur langkah dan persediaan bagi mempercekap fizikal dan mental setiap anggota. Antaranya dengan mengadakan latihan dwi-bulanan seperti Latihan menggunakan T-Batton, Tempur Tanpa Senjata (TTS), Latihan Kawad dan latihan menembak.

Jurulatih dari PDRM sedang memberikan taklimat

Latihan Seni Mempertahankan Diri

Program ini  merupakan antara persediaan bagi menghadapi kes-kes mencabar dan kritikal yang sering dihadapi oleh bahagian ini ketika menjalankan operasi-operasi pencegahan. Latihan ini telah mendapat kerjasama dan bimbingan daripada PDRM.

Latihan T-Batton
 
Anggota wanita tidak ketinggalan menjalani latihan

Friday 17 May 2013

Senarai Borang

PERUNDANGAN

Borang Arahan Tindakan  -  Muat turun
Borang Panggilan Saksi (Seksyen 58 ETJSS)  -
Borang Profil OYDS  -



KAKITANGAN
Borang Permohonan Cuti Rehat  -  Muat Turun
Borang Tuntutan Kerja Lebih Masa

Wednesday 30 January 2013

Pengenalan

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor merupakan salah satu daripada 13 bahagian yang diwujudkan sebagai kuasa eksekutif bagi menjalan dan menggerakkan aktiviti Jabatan Agama Islam Selangor.

Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan ditugaskan sebagai sayap yang memastikan tugas-tugas mencegah kemungkaran dan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan dengan berhemah, berhikmah, cekap, berani dan telus.


Bahagian ini telah melalui perkembangan yang pesat dari segi fungsi, keanggotaan, peralatan dan cara bekerja secara berperingkat-peringkat sejak tahun 1995.


Sehingga kini Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan, Jabatan Agama Islam Selangor dianggotai oleh 115 orang anggota pelbagai kategori. Ini adalah jumlah anggota penguatkuasa agama teramai jika dibandingkan dengan anggota-anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri-negeri lain di Malaysia.


Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah yang beribu pejabat di Tingkat 4, Menara Utara Bangunan Sultan Idris Shah, No.2 Persiaran Masjid Bukit SUK Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan yang menguruskan hal ehwal pentadbiran, kakitangan dan siasatan serta keperluan logistik bahagian seluruh Negeri Selangor.


Bahagian ini telah mewujudkan Bilik Gerakan 24 (Hotline) jam yang beroperasi di Tingkat Bawah, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, No. 2, Persiaran Masjid, Bukit SUK, Seksyen 5, 40000 Shah Alam, Selangor. Bahagian ini mempunyai 8 cawangan yang ditempatkan di setiap 8 daerah di seluruh Negeri Selangor bagi melaksanakan dasar-dasar & prinsip-prinsip yang sama dalam melaksanakan tugas.


Paradigma baru Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan adalah cuba melihat bahawa penguatkuasaan undang-undang adalah sebahagian daripada tugas-tugas pencegahan.