Friday, 7 October 2011

Kempen Pencegahan Arak dan Pelancaran Logo Anti Arak Peringkat Negeri 2011

Menyedari peningkatannya kes gejala arak, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan mengadakan satu kempen Pencegahan Arak dan Pelancaran Logo Anti Arak Peringkat Negeri Selangor bagi tahun 2011 pada 18-21 Oktober ini.



Kempen ini diadakan melibatkan kerjasama pelbagai agensi agama, agensi kerajaan dan swasta. Walaupun operasi-operasi besar-besaran mencegah arak telah banyak diadakan, namun ia masih GAGAL mengawal dan mencegah gejala ini terutamanya melibatkan masyarakat Islam sendiri.

Pengharaman arak telah dinyatakan dalam Surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (minum) arak, berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan, (oleh itu) maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapar kemenangan. Sesungguhnya Syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu lantaran (minum) arak dan berjudi, dan menghalangi kamu dari mengungati Allah dan sembahyang, maka hendaklah kamu berhenti dari mengerjakan perbuatan itu"

Ia kemudiannya disokong dengan Hadis-hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Setiap yang memabukkan itu adalah arak, dan setiap yang memabukkan itu haram"

Berdasarkan nas-nas yang dinyatakan di atas, jelaslah di sini pengharaman arak telah dikuatkuasakan sejak dahulu lagi. Kesalahan meminum arak atau minuman yang memabukkan ini juga merupakan salah satu daripada kesalahan HUDUD.

Di Malaysia amnya dan Selangor khasnya, pencegahan arak ini dilakukan dengan menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1995. Kesalahan meminum arak diperuntukan dalam Seksyen 18 (1) dan sekiranya sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM3000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Kesalahan bagi orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan diperuntukan dalam Seksyen 18(2) enakmen yang sama. Sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM5000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Wednesday, 27 July 2011

Pelancaran Pakaian Seragam Penguatkuasa JAIS

SHAH ALAM 19 Julai - Bahagian Penguatkuasaan JAIS telahpun melancarkan pakaian seragam bagi anggota penguatkuasa JAIS. Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Pengarah JAIS sendiri iaitu Tn Hj Marzuki bin Hussin. Pemakaian tersebut merupakan salah satu dalam program Penjenamaan semula Bahagian Penguatkuasaan ini supaya ia lebih dikenali masyarakat seterusnya dapat memartabatkan Institusi Pihak berkuasa agama.





 Pengarah JAIS Tn. Hj Marzuki menyarungkan pangkat kepada salah seorang Pegawai Penguatkuasa Agama

Semoga dengan pemakaian uniform ini, institusi pentadbiran Islam akan terus menggiatkan lagi usaha membanteras gejala negatif di kalangan masyarakat Islam.

Thursday, 23 June 2011

Perbarisan Hormat Perhimpunan Bulanan

Pada 20 June yang lalu JAIS telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah Perhimpunan Jabatan-jabatan Kerajaan. Perhimpunan ini dirasmikan sendiri oleh Yang Berhotmat Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. 

Perhimpunan ini juga merupakan "presentation" pemakaian pakaian seragam kepada YB Menteri Besar dan beliau telah berpuas hati dengan penampilan baru PPA JAIS. Selangor menjadi negeri terawal selepas Melaka yang menggunakan pemakaian pakaian seragam secara berpangkat dan akan disusuli negeri lain.





Semoga dengan penampilan baru ini akan memartabatkan institusi Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri di seluruh Malaysia sekaligus dapat meningkatkan pencegahan dan penguatkuasaan moral di kalangan umat Islam khususnya.

Wednesday, 15 June 2011

Kursus Pemantapan Penguatkuasaan

Tarikh : 18-22 Mei 2011
Tempat : Ke Nur Laman Bestari

Kursus ini melibatkan 45 orang anggota Bahagian Penguatkuasaan JAIS bertempat di Kem Nur Laman Bestari Hulu Yam Selangor. Kursus selama 5 hari ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan semangat dan moral anggota Penguatkuasa untuk menjalankan tugas penguatkuasaan.


Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan termasuklah aktiviti kelas motivasi, aktiviti outdoor seperti flying fox, abseilling, berkayak, kembara dan pelbagai lagi aktiviti. Hasil daripada penganjuran kursus ini, PPA dapat melahirkan semangat baru dalam menjalankan tugas Amar Makruf Nahi Mungkar. 

Kursus ini dirasmikan oleh Ketua Penguatkuasa Agama JAIS iaitu ust Mohamad Rais bin Rasid pada 22 Mei 2011. Semoga dengan penganjuran kursus seperti ini dapat memupuk semangat cintakan agama di kalangan PPA JAIS.