Tuesday 30 July 2013

Borang Butiran Diri OYDS dan Senarai Semak

Berikut adalah format terbaru borang butiran diri OYDS / Penjamin dan borang senarai semak. Penggunaan kedua-dua borang ini berkuatkuasa serta merta bagi semua daerah dan Hotline.


Borang Butiran Diri OYDS / Penjamin
Borang Senarai Semak

Thursday 18 July 2013

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1434 H

Firman Allah Ta’ala : Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 183) 




Pengertian Puasa Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari. 

Hukum – Hukum Puasa 
  1. Wajib 
  2. Sunat 
  3. Makruh 
  4. Haram 

Puasa wajib : 
Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan, puasa kifarah & puasa nazar. 

Puasa Sunat :
  1. Puasa dalam bulan Sya’ban
  2. Puasa 6 hari dalam bulan Syawal 
  3. Puasa Arafah pada 9 zulhijjah 
  4. Puasa hari Tasu’a dan‘Asyura pada 9 dan 10 Muharram 
  5. Puasa pada hari Isnin dan Khamis 
  6. Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 dan 15 \
  7. Puasa satu hari berbuka satu hari 
  8. Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak. 
  9. Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab.
  10. Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya 

Puasa Makruh : 
  1. Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu dan Ahad sahaja 
  2. Berpuasa sepanjang tahun 

Puasa Haram :
  1. Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban 
  2. Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik 
  3. Puasa perempuan haid & Nifas 
  4. Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa 

Syarat-syarat Puasa Terbahagi kepada 2 : 
  1. Syarat-syarat wajib 
  2. Syarat-syarat sah 

Syarat wajib 
  1. Islam 
  2. Baligh 
  3. Berakal 
  4. Berupaya(sihat) 
  5. Bermukim 

Syarat Sah 
  1. Islam 
  2. Berakal 
  3. Bersih daripada haid dan Nifas sepanjang hari 
  4. Niat